jari jemari menari

Monday, June 27, 2011

masih wujudkah lagi masyitah?


ku mulakan puisi ini
dengan kalimah
bismillahhirahmanirahim..
pembuka kalam..
pembuka kisah...
masih wujudkah lagi masyitah?
nukilan zatie halim...



masih wujudkah lagi masyitah?
tatkala diri di terjah
persoalan aqidah
oleh penguasa tertinggi pemerintah alam
kononnya...
tanpa riak takut
terus di jawab..
"ALLAH itu TUHAN ku, ALLAH itu jua TUHAN mu"
betapa beraninya masyitah
sekalipun di herdik tanpa perikemanusiaan
betap teguhnya keimanan masyitah
hatta di tolak jentera hati busuk manusia...

masih wujudkah lagi Masyitah?
tatkala diri dan keluarga..
anak yang di kendong..
suami yang di sayanginya
di tolak serorang demi seorang..
direbud dalam seoperiuk air yang mendidih..
panasnya..
YA ALLAH...
tapi demi ALLAH
demi sekeping atma keteguhan iman
yang tiada galang ganti
melainkan syurga abadi
tanpa rasa takut kepada
penguasa tertinggi pemerintah alam
kononya..

masih wujudkah lagi masyitah?
yang lebih takutkan ALLAH
walau pun di ganjarkan
harta berharga
oleh penguasa tertinggi pemerintah alam
kononya...
betapa cekalnya sebuah keimanan masyitah...

masih wujudkah lagi masyitah?
tatkala keimanannya
merentasi sebuah ujana
yang terlalu luas
yang tidak kelihatan
di mata....

masih wujudkah masyitah
pada zaman ini?

puisi ni aku puisikan masa malam kesenian islam di SMKRS...heheheheh dapat juga den buat pesembahan kat pentas dan dewan sekolah..x pernah merasa dapat sekali tu..rasa mcm bangga la..aktiviti yang agak berfaedah la yang aku buat....ni sume gara2 kerja sharul dak f.5...mtk tlg bab dak2 nasyid x smpat nak praktis sbb ada yg telbt dgn perkhemahan ada yg terlbt dgn kawad..so x de ms so aku la jd mangsa brltih dlm ms krg 2 jam...huhuhuhuhu..gempak btoi la...hri sbtu yang penuh dengan kenangann 25/06/ 2011..kenangan yang best la...sx penah puisi dengan diringi dengan piano dan seruling dan kalai ni den buat persembahan dengan iringi dua alat muzik ni mmg smthing yang baru..bestnya...rasa syahdu beb..hehehhehehe...teringin nak puisi lagi...mampu ke?tettttttttttt...hehehehehhe..kalau sebelum ni aku puisi dgn ijat skrg ni dgn adik dia...mmg bestla adik bradik ni..sharul pown apa krgnya..ada potensi main piano..tetitba rasa nak puisi lg....blh ?hehehehehehhehehe.....tq bro..i love u allz..stdy2 ea..jgn notty2...rndu dgn korang..hurmmmm....


Monday, June 20, 2011

ATAS NAMA CINTA..

pepohon cinta ku...
kian merimbun...semakin di cantas...
makin bertunas...
tidak mampu..
mendustai jiwa ku..
rasa cinta..
fitrah manusia....
siapa la aku....
menolak..
cinta yang hadir di jiwa..
tanpa di paksa...
tidak mampu..
mendustai jiwa ku..
rasa cinta fitrah manusia...
adam hawa..
bercinta di syurga...
angkara iblis..
terpisah..
mnderita...
kerna cinta mereka setia...
bertemu...
di dunia...
kerna cinta....
kenal pemciptaa...
kerna cinta kenal saudara...
kerna cinta..
kenal rasulnya...
kerna cinta....
hidup bahgia...
atas nama cinta...
terjalin la sudah..
kasih ini..
pada sang pencipta...
ats nama cinta....

i luv islam

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya” Q. S. An-Nur (24):31

.

Ada sebuah kisah klasik di antara kita para anak manusia…

Adam dan hawa, begitulah kecenderungan manusia pada setiap lawan jenisnya…

Ada ikhwan akhwat, akhi ukhti, qais laila, romeo juliet, dan begitulah seterusnya…

Sudahlah kebiasaan, jika cinta itu diungkapkan seorang pemuda pada kekasihnya…

Diungkapkan seorang ikhwan kepada akhwat..

.

Jujur, itu bukanlah perkara biasa…

Tetapi sungguh luar biasa…

Ketika ada lelaki berkata pada wanita “Saudari, aku mencintaimu dan menyayangimu…”

Hmm, sederet kata sayang yang memenuhi ucapannya… mengharapmu menjadi kekasih hati…

Terbungkus harapan dan janji-janji manis…

.

Wahai hawa, apa yang kalian rasakan jika ungkapan itu mendarat di telingamu?

Akankah terbang di atas awan atau terbuai angan panjang…

Mungkin ada dari kalian yang punya hati sekuat keluli, lali akan kata-kata itu…

Tetapi banyak yang berhati bak kapas yang mudah diterbangkan

Terbang kemana pun angin berhembus…

Betapa tak kuasanya…

Lembutnya hati si hawa…

.

Adam, sanggupkah kalian menodai hati lembutnya??

Dengan kerapuhan dan kelembutan…

Atau mungkin kebodohannya…

.

Sebenarnya, orang yang suka mempermainkan wanita adalah pengecut.

Kenapa begitu? kerana dia hanya bermain-main dengan sehelai kapas…

Yang kecil, nipis, mudah terbang tanpa arah dan tujuan…

Bermain-main didalam angan-angan dan buaian…

Realitinya, kalian belum berani menghadapinya…

Jika anda seorang yang “jantan”, nikahilah wanita itu.

Renungkanlah…

.

Jauhi wanita, jika kalian tak kuasa dengan fitnah hawa…

Janganlah percikkan bara, jika kalian tak ingin terbakar olehnya…

Janganlah mengambil risiko dengan mendekati pintu – pintu fitnah,

Jika kalian tidak bolehmenanggung akibatnya…

Menghalalkan yang telah diharamkan-Nya…

.

Bagaimanapun itu sudah terkeluar dari jalur and syari’at-Nya…

Terbuai cinta yang bersemi sebelum waktunya…

Sehingga menempuh jalan bermaksiat kepada-Nya…

Sabarlah dan tuntutlah ilmu…

Amalkan dulu ilmu yang kita punya dalam balutan ketaatan dan ketaqwaan…

Jika memang sudah tak boleh,

Tempuhlah jalan yang paling mulia tuntunan RasulNya…

Berkahwinlah melalui jalur syari’atNya…

Dengan cara-cara yang dibenarkan dan dihalalkanNya…

.

Muslim yang baik untuk muslimah yang baik…

Muslimah yang baik untuk muslim yang baik pula…

Dan sebaliknya…

Semoga Allah memberkati dalam ikrar suci yang menyatukan cinta kalian keranaNya

Terbina indah dan mulia dengan sebuah pernikahan…

.

Kuntum mawar yang telah merekah mempesona, hadirkan ungkapan cinta suci pada kekasihnya…

Itulah cinta yang sesungguhnya…

Semoga Allah menyayangimu…

Hijablah hatimu dengan hijab kalian…

Hijab yang sempurna…

Jangan biarkan hatimu mudah terjatuh kerana kerana seorang lelaki khilaf yang berpenyakit hatinya, hingga terlena akan harapan-harapan kosong mereka…



Sumber: Jangan Ungkapkan Cinta Pada Hati Lembutnya | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/jangan-ungkapkan-cinta-pada-hati-lembutnya/#ixzz1PsfypxKP

make me strong


Make Me Strong Lyrics

I know I’m waiting

Waiting for something

Something to happen to me

But this waiting comes withTrials and challenges

Nothing in life is freeI wish that somehow

You’d tell me out aloudThat on that day I’ll be ok

But we’ll never know causeThat’s not the way it works

Help me find my way

My Lord show me right from wrong

Give me light make me strong

I know the road is long

Make me strong

Sometimes it just gets too much

I feel that I’ve lost touch

I know the road is long

Make me strong

I know I’m waiting

Yearning for something

Something known only to me

This waiting comes with

Trials and challenges

Life is one mystery

I wish that somehow

You’d tell me out aloud

That on that day you’ll forgive me

But we’ll never know cause

That’s not the way it works

I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong

Give me light make me strong

I know the road is long

Make me strong

Sometimes it just gets too much

I feel that I’ve lost touch

I know the road is long

Monday, June 13, 2011

petikan dari ~ http://genta-rasa.com/~ sekadar berkongsi ilmu dari beliau

Assalamualaikum wbt.

Saya boleh memberi pelbagai alasan, tetapi hakikatnya biarlah saya akui kelemahan saya – gagal menguruskan waktu dengan baik terutamanya bila banyak perkara dan tugas di luar jangkaan menerjah dengan mendadak. Akibatnya, komitmen saya terhadap pengunjung blog Genta Rasa terjejas. Agak lama tidak memuatkan enteri baru dan banyak respons pembaca yang tidak dapat saya layani dengan baik. Saya memohon jutaan maaf.

Minggu-minggu kebelakangan ini saya diamanahkan dengan beban kerja yang agak banyak berbanding biasa. Sahabat saya pergi mengerjakan umrah dengan tugasannya terpaksa diagih-agihkan kepada kami sahabat seorganisasi.

Manakala majalah Solusi akan menerbitkan isu berganda menjelang bulan Ramadan dan Aidil Fitri nanti dan tambahan tugas itu perlu dimulakan sekarang. Menghantar anak-anak ke IPT dan meraikan musim cuti sekolah mereka juga satu keperluan mendesak. Ditambah anak-anak saudara yang melangsungkan pernikahan.

Saya masih belum berjaya menguruskan masa dengan baik. Terutamanya bila bertembung tugasan memberi ceramah dan forum berbanding menulis buku dan artikel. Tetapi saya lalui sahaja hidup ini seadanya. Bila bercuti saya tinggalkan sahaja laptop di rumah tanpa diganggu idea-idea untuk menulis. Tetapi masakan mampu… tangan terus juga menulis dalam buku catatan kecil di mana sahaja saya berada.

Sekali lagi saya memohon maaf. Ya, pada kali ini saya ingin kongsikan satu tulisan kecil dan ‘simple’ sebagai bahan fikir dan ‘zikir’untuk menghadapi krisis besar di kalangan masyarakat Melayu-Islam kini. Isu fitnah, sumpah dan pelbagai lagi yang begitu menjijikkan. Mereka yang mencetuskan, menyemarakkannya dan menyalakannya pasti suatu hari akan melihat kesan perbuatan mereka . Allah Maha Melihat. Yang menuduh dan dituduh pasti dibicarakan di Mahkamah Allah Rabbul Jalil.

Saya tidak ingin masuk campur. Untuk membaca berita, fakta dan kisahnya pun kekadang sangat memualkan. Cuma, apabila para ulama dan orang-orang yang tersohor kewibawananya bercakap… kita wajib mendengar. Ada ilmu, hikmah dan panduan di sebalik semua itu.

Kita masih dan terus berpegang, salah kerana tidak menghukum adalah lebih baik daripada tersalah hukum. Dan kita sentiasa kekurangan fakta di tengah rimba muslihat politik yang begitu mengelirukan. Untuk menyiasat di tengah silat kata dan sandiwara fakta ini kita tidak mampu. Fitnah akhir zaman ini sungguh dahsyat. Kita mesti mesjauh daripada perkara yang kita tidak tahu dan tidak berkaitan dengan kita secara langsung.

Saya hanya orang awam. Penulis kecil yang menginginkan kedamaian jiwa untuk ummah. Dengan keterbatasan itu, bukan alasan untuk berdiam diri. Pesan saya kepada diri dan kepada semua yang terlibat, melihat dan mendengar… selalu-selalulah bersidang di

MAHKAMAH HATI!

Bukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu menjadi sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan. Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.

Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis. Baca Lagi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...