jari jemari menari

Sunday, September 16, 2012

jon jahit manik



Assalamu’alaikum…
Sudah lama hamba tidak menupdate blog hamba ini…ok hari ni saya datang bertugas untuk menyucikan segala kotoran dan debu-debu yang terdapat di blog saya ni…
            Ok jom kita mula mengemas blog…setelah sekian lama tidak menyentuh manik-manik yang ada di rumah, akhirnya semalam berjaya juga saya selesaikannya….rasa xcited sangat2 di atas kejayaan saya yang tak seberapa ni.
            Antara peristiwa-peristiwa yang tidak dapat dielakkan ialah ketika proses jahitan berlaku ialah “ni kalau jahit macam ni cantik lagi..tambah lagi kat sebelah sini dan bla..bla..bla” mak saya la tu yang bagi cadangan dan idea yang bernas.
            Disebabkan pening kepala saya asyik mendengar idea-idea yang bernas oleh my mum apa lagi satu peluru berpandu saya pos kepada mak saya “ok..nanti iqah buat…ni jahit baju ni bagi cantik-cantik ni sebab nak buat baju nikah..” kata-kata yang saya post bersama senyum simpul yang sengaja di buat-buat..
            Ok rasa telinga ni macam tenang tanpa idea-idea bernas dari my mum..oh my ALLAH…salah rupanya…sekali di send pada saya bom atom daaaaaaaa….. “perasan, sapa nak kahwin dengan hang? Dah ada calon ka? masak tu bagi cekap dulu, ni masak terlebih garam la…pedas macam serombong asap lah…bla..bla…bla…bla” luahan hati dari ibu yang menyayangi aku sepenuh hati dia..
            Padan dengan muka. Konon nak stop kan idea-idea bernas tu…sekali kan dah kena bancuh dengan vanish dah…hahahhahaha….. amik ko… rasa la…nganganganganganganga
            Ok kita masuk balik tentang jahit manik..sebenarnya aku baru beli jubah kat first lady dengan harga RM 55 terlalu simple dan kusam, jadi untuk nampak lebih cantik jubah tu aku pun jahit la manik bagi nampak berseri-seri dengan kehadiran manik…walhal akulah manusia yang tak pandai jahit manik dan paling tak suka buat kerja yang merenyahkan. Tapi disebabkan nak bagi nampak cantik dan naik serinya aku jahit la manik…nak tengok tak aku jahit manik…maklumlah aku kan memang orang yang PROsak dalam bidang jahitan ni…ngeeee
inilah hasil jahitan yang berjaya aku siapkan dalam masa one day..  ^^

Thursday, September 6, 2012

sumbangan generasi muda kepada negara

pertandingan esei bagi sambutan bulan kemerdekaan di SMKRS...aku ada kisah tersendiri..jom baca dulu esei ni



SUMBANGAN GENERASI MUDA KEPADA NEGARA
           
Pada 31 Ogos 1957 merupakan tarikh penting bagi rakyat Malaysia. Bermulanya  tarikh ini, sehinggalah pada 31 Ogos 2012 genaplah 55 tahun rakyat Malaysia merdeka. Menurut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, katanya; “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya  golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur “baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”. Generasi muda merupakan aset yang penting kepada negara. Generasi muda juga, merupakan tulang belakang kepada negara. Oleh itu, generasi muda perlu diasuh dengan teladan yang baik dan diberikan penghayatan untuk menjadi warga negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang wawasan 2020. Di samping itu, mereka juga perlu disedarkan akan peranan mereka sebagai penggerak negara. Berdasarkan tajuk di atas, sumbangan membawa maksud kepada sokongan, bantuan atau sebarang pertolongan. Generasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud kumpulan individu yang lahir pada waktu yang lebih kurang sama angkatannya manakala muda pula merupakan peringkat umur yang bermula dari usia 18 tahun sehingga 40 tahun. Negara pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu  dan diperintah oleh sebuah kerajaan tertentu. “Sumbangan Generasi Muda Kepada Negara” ialah apakah sumbangan atau bantuan yang telah generasi muda laksanakan kepada negara kita dalam aspek ekonomis dan juga sosial.
Malaysia mempunyai warga muda atau generasi muda seramai 12 juta, oleh yang demikian generasi ini memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan taraf ekonomi negara sekali gus dapat mengharumkan nama negara di persada dunia. Menurut Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Ketua Umno bahagian Beaufort  berkata “generasi muda perlu mewujudkan satu bentuk pemikiran yang sanggup meneroka dan memperluaskan kemampuan keluar daripada paradigma yang sedia ada dengan memberanikan diri mereka memasuki bidang-bidang yang dahulunya dianggap sebagai di luar kemampuan.” Ini bermakna generasi muda perlu berani ambil risiko dalam menceburi sesuatu bidang yang mampu meningkatkan taraf hidup mereka dan keluar daripada kepompong yang sama. Antara contohnya penglibatan generasi muda dalam bidang research dan development  atau R&D dalam bidang pertanian bagi meningkatkan lagi mutu bijih benih hasil tanaman selain itu juga R&D dalam bidang perladangan dengan penghasilan baka-baka lembu yang lebih bermutu dan hasil ternakan tersebut mampu kita eksport ke luar negara. Hal ini sekali gus dapat meningkatkan bidang pertanian dan perladangan bagi negara kita untuk sama maju dengan negara luar. Kata pepatah “Duduk Sama Rendah Berdiri Sama Tinggi. ”
Generasi muda dalam zaman arus kemodenan ini perlu menghadapi dunia global tanpa sempadan dengan bersiap siaga dalam bidang akademik. Dapat dibuktikan generasi muda kita ini yang telah berjaya menyiapkan diri dalam bidang akademik contohnya pelajar cemerlang Malaysia iaitu Nur Amalina dengan merangkul 17 A1 dan juga Nik Nur Madihah yang merangkul 19 A1 dan satu A2 pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2008. Kejayaan ini sedikit sebanyak membuktikan bahawa generasi muda pada zaman pasca pemodenan ini mampu meneruskan perjuangan kemerdekaan dengan kemampuan intelektual yang tinggi. Selain itu sumbangan generasi muda pada negara juga dapat dilihat apabila bidang astronomi juga berjaya dikuasai oleh generasi muda negara kita iaitu Dato’ Dr. Syeikh Muzaffar Shah Shukor. Sumbangan generasi muda ini sedikit sebanyak mampu mengharumkan nama negara kita ke persada dunia. Namun begitu, masih terdapat generasi muda hari ini masih melakukan kegiatan yang tidak bermoral malah terlibat dalam aktiviti yang merosakkan diri. Antara aktiviti yang merosakkan diri ialah dengan terlibat dalam amalan seks bebas, ketagihan arak, najis dadah dan juga menonton bahan-bahan porno. Permasalahan ini perlu diatasi dengan segera dan seharusnya generasi muda ini diberi pendedahan bahawa pentingnya mereka pada negara dan generasi muda ini perlu mengambil contoh kejayaan generasi muda yang telah berjaya dalam kehidupan supaya generasi muda yang terkandas ini mampu mengubah kehidupan mereka.
Sumbangan generasi muda kepada negara ini juga dapat dilihat dalam bidang sukan. Sukan merupakan kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti tertentu. Tambahan pula, generasi muda pada masa kini, telah banyak mencatatkan kejayaan yang membanggakan dan sekali gus dapat  mengharumkan nama Malaysia yang telah di kecapi oleh generasi muda adalah berjaya melayakkan diri ke sukan Olimpik malahan turut berjaya membawa pulang beberapa pingat untuk Malaysia. Atlet-atlet yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia ke sukan Olimpik ialah Dato’ Lee Chong Wei iaitu pemain badminton no.1 negara, Azizul Hasni Awang iaitu jaguh pecut basikal negara, Pandelela iaitu penerjun negara dan ramai lagi  atlet-atlet  yang telah berjaya. Dengan kejayaan ini telah membuka mata dunia untuk mengenal sejauh mana kemampuan rakyat Malaysia.
Integriti pula merupakan antara elemen utama yang sering menjadi tumpuan oleh kesemua lapisan anggota masyarakat termasuk kepimpinan kerajaan iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Menurut beliau untuk memulihkan keyakinan ke atas kerajaan sikap telus, bercakap benar dan keterbukaan menjadi agenda beliau. Integriti generasi muda perlu di perhebatkan secara pembudayaan berterusan. Integriti ialah berpaksikan kepada nilai murni seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab, telus, cekap dan bijaksana. Ia bermula dalam diri setiap individu yang subur dalam hati , minda dan emosi yang memberi roh dan jasad kepada karakter. Sumbangan dalam menyulamkan kegemilangan ketamadunan negara bangsa dari segi generasi muda tidak boleh dinafikan. Mereka sebenarnya boleh menentukan jatuh bangun sesebuah bangsa. Integriti merupakan aset utama yang perlu generasi muda amalkan sekiranya ingin memberi sumbangan yang berkualiti kepada negara.
Kesimpulannya, sumbangan generasi muda kepada negara dapat dilihat dalam bidang ekonomi serta sosial. Namun begitu, masih terdapat generasi muda yang keciciran dalam memberi sumbangan maka pihak kerajaan dan juga masyarakat sekitar perlu mainkan peranan penting dalam mendidik generasi muda kini. Hal ini kerana generasi muda merupakan tulang belakang bagi sesebuah negara. Selain itu masih terdapat generasi muda yang telah memberi sumbangan kepada negara maka selayaknya generasi muda ini perlu di iktiraf, diberi penghormatan  serta penghargaan yang sewajarnya agar dapat memobilisasikan rasa tanggungjawab holistik untuk memperkasakan generasi muda demi mempertahankan kerukunan dan kesejahteraan yang perlu diwarisi dari generasi ke generasi. Segala kejayaan yang telah Malaysia kecapi adalah bukti terhadap sumbangan generasi muda sebagai pewaris masa depan kemerdekaan negara. Oleh itu, kerajaan perlu sedar bahawa masa depan negara ada pada generasi muda.

Nama  : Mohammad Aidi bin mohammad ramlan

Nama  : Mohammad Hakimi bin Abdul Hamid


inilah esei yang pelajar 4 best siapkan..aku paksa bdak2 ni saipkan esei ni..bukan apa..sebabnya deme ni dok main chess aje...so sj la srh bdk2 ni buat esei ni..bkn apa..blh bntu deme dan sedokan diri deme yang mls bebeno nak membacanya...siap la jgk esei..nak anto esei n pd ckgu yang sebetulnya..tup-tup..."dah malas nak baca...dikira tidak termasuk dalam penyertaan lewat sangat"...terkejut den...tapi btul jgk sbb dah lewat sangat antonya pun...apa2pun yang penting deme dapat ILMU...itu yang penting..bukan benda lain...sekurang-kurangnya dapat perbaiki bahasa deme..apa2 TAHNIAH!!!!!!

Saturday, February 18, 2012

gerak kerja punya citer lorhhh


Salam kepada semua pembaca blog saya ni. Ada pembaca ke??kehkehkehkeh…ok hri ni admin nak update tentang kisah yang memang admin nak up date..urm..tentang gerak kerja khidmat masyarakat ke kemboja. Gerak kerja untuk khidmat masyarakat ke kemboja ni dah lama bergerak sebelum aku di lamar untuk menjadi salah seorang peserta ni. Jadinya mesyuarat yang sepatut aku p aku x p. lawan taukey betoi.. kemudian masa aku terima lamaran tu dah dekat dengan exam jadinya aku kurang bagi tumpuan pada program tu aku lebihkan pada exam tapi kepala ni dok ligat piker pada sapa aku nak cari penajaan walaupun aku bukan penajaan aku tetap kena piker sebab aku tak mau bayar rm 150 tu sasaran kewangan yang di perlukan sebanyak rm 5000 paling kurang. Tekad dan azam di perkukuhkan balik nak cari penajaan kat kampung sebab dah 3 bulan tak balik kampung…rinduuu ooooooooooo…tu pun pengarah program kata jangan lama sangat balik kampung…aku ckp ok bos sebab aku akan blk TM awai…
Minggu exam


Exam tamat
Exam habis jam 11 pagi pada 13 januari 2012…horayyyyyyyyyyy…terus bergegas untuk pulang ke desa dengan bus jam 11.30 pagi..urusan di TM aku pulang bersama kerana tugas belum selesai.. pulangnya aku di desa tugas aku ialah mencari siapa yang boleh aku mohon penajaan. Hurm..lumut port, powerplant, janakuasa tnb manjung antara company yang boleh aku mohon penajaan…OMG macam mana aku nak p sana..aku tak pandai bawak kereta x kan nak naik moto..jauh tu..hujan kowt…hurm…ok sahabat yang tersayang Fatimah amira pulang cuti dan dia turut membantu jadi driver saya la…hehehehhehe…misi bermula dengan buat passport kat manjung lepas tu p potostat sume jenis surat kemudian ambik passport imegresen manjung..selesai gerak ke lumut port cari punya cari x jumpa call meor pas tu dia bagi guide dan jmp jalan tak jmpa jgak lumut port pusing punya pusing tanya pada mat bangla yang tegah keja kat tepi jalan…sekali tak tau da cakap melayu…tetiba ada satu persimpangan nak masuk atau tidak…lori keluar masuk..jalan bedebu…ok masuk je jumpa  apa yang di cari signboard sebelah kanan terang-terang ada lumutport sebelah kana nada tempat parking..ok masuk parking dekat pak guard tu dengan kopiden..
Pak guard : kejap ye dik ada urusan sekejap
Pekerja : dari mana dik?
Aku : nak mohon penajaan..
Pekerja ~ jengah paperwork aku
Pekerja : sini tnb punya kawasan dik
Aku ~ blurr je..
Pak guard ~ urusan selesai
Pak guard : ada apa ye dik?
Aku: saya nak jumpa HR nak mohon sumbangan untuk program khidmat masyarakat ke kemboja
Pak guard ~ tgk paperwork aku
Pak guard : dik ni untuk lumut port, tapi ni kawasan janakuasa tnb manjung..lumut port kat sebelah sana…
Aku : owh ok…hurm…sori encik…hehehhehehe
Aku malu giler time tu kenapa tak perasan sedangkan dah baca kowt signboard tnb tu…hurm..paling malu time abang tu tego…kenapa aku tak perasan benda alah ni…adoiiiiiiii…tim kat sebelah aku sengeh2
Terus ke sebelah serah surat dan paperwork kat lumut port pas tu dtg blk kat tnb tu nak jmp HR sembang2 ngan guard u..guard tu kasi nama hr pas tu tipon hr tu..hr kasi org yg septutnya aku tpon…tpon2 org tu x de kat tnb tu bab dia bru blik dr umh org tua2 cina…maklumla taun baru cina kan.. deal ngan encik tu jmpa kat kedai makan dekat dgn billion tu…so kita org gerak la ke sana…
Time jumpa smbg2 tu blh tnya pasal adam adli plk…adoiii…mcm mna nak ckp ni…hurm..tepulang la…janji akudah usaha untuk penajaan…settle bncg apa sume dgn encik tu aku gerak ke power plant serah surat apa sume aku balik petang dah kot sian kat tim dia janji nak kluar dgn mak dia…sory dearrr…
Untuk hri isnin bersamaan 16/1/2012 itu la tugas yang dah aku usahakan..hurm….tugas…selesai..

Perjuangan aku belum selesai selagi x de respon dari 3 company besau ni…hehehehhehe

~~~~ Jumpa next entry ngantuk weyh…dah kul brapa ni…ngantuk weyhhh ~~~~

Thursday, February 16, 2012

tentang dia






Hurm….assalamua’alaikum…lma x mengupdate entry…hurm….rindu rasanya nak megupdate entry…ni kalau dah mula mengupdate entry ni…mst bnyak bnda yg aku nak cerita…ngeee…
            Untuk entry kali ni aku nak bercerita tentang dia yang cuba memenangi hati aku…hurm…yang paling terbaru  tahun 2010… sekarang dah 2012..maknanya  hampir 3 tahun la kan…ok…ceritanya macam ni…konflik keluarga menyebabkan aku melangkah ke UPSI…langkahan kaki setelah mula membawa diri dan hati yang rawan ini ke suatu daerah iaitu Tanjong Malim. Bermulalah satu episode aku yang baru di daerah baru..kawan-kawan baru…subjek baru…pensyarah baru…dan semuanya baru…dan bermula episode tentang dia yang cuba memenangi hati aku ni bermula masa cuti semester..
            Aku mintak kerja sebagai housekipping kat hotel swisgarden golf resort and spa kerja tu ja yang boleh pakai tudung kemudian kabelpun dari department tu..redha jela..aku dah keja kat situ hujung tahun 2009 waktu cuti sem satu waktu tu memang ada seorang mamat ni nak bekenalan dengan aku dari department yang sama. Mamat ni comel boleh tahan la… nama dia haris tapi bukan dia yang aku nak bercerita tapi seseorang yang aku kenal masa cuti semester dua…sebabnya si haris ni dia Nampak playboy dan nakal yang sangat sebab aku kena marah dengan manager sebab dia nampak aku dengan si haris lepak berdua waktu bekerja…opssss kantoiiii….date yang tak sengaja sebab mamat ni tahan aku kat tengah jalan waktu aku hantar request…haris ni nakal sangat walaupun hati aku kata dia sweet..ngeeee
            Ok ini baru cerita sebenar yang aku nak ceritakan… masa cuti semester 2 aku kerja lagi dekat hotel tu..jadi mula episode baru dengan orang baru. Ada dua orang yang terbaru dan jugak budak-budak praktikal yang memang kerek giler..ok smbg cerita yang sebanar nama insan yang cuba mencuri hati aku nama dia SHARIF…bukan sharif kampung dusun tapi sharif department housekepping. Dia ni orangnya macam otai…kelakar…kadang-kadang tu panas baran jugak…aku rasa selesa dengan dia..aku rasa happy je dengan dia..kadang-kadang tu si sharif ni suka buat aku sakit hati dan yang paling seronok dia cemburu dengan abang is..abang is ni abang kepada junior aku dan jugak merangkap senior sekolah aku…jadinya terapat la aku dengan abang is ni lebih sikit dari dia..cemburu si sharif ni boleh tahan la..
            Mula-mula aku tak sangka yang sharif ni ada perasaan dengan aku..Cuma dia selalu usik aku dengan cakap “mana abang hero aku?” macam blur je aku dengan mamat sekor ni aku datang floor dia nak minta barang kat pantry aku x de barang tu pun sebab kak siti yang suruh. Ok kat tempat keja aku ni ada sorang kakak yang macam iron lady nama dia kak siti sanagat cepat buat kerja dan kemas aku memang respect dengan dia…ok kak siti ni masa aku keja kat situ aku slalu ikt dia sbb dia yg mntk aku dok bwh dia jadinya ada dua tiga budak2 india yang dengki dengan aku sebabnya asyik aku ja keja dengan kak siti sampai sebulan lebih aku keja ikut kak siti apa lagi jadi isu jugaklah time tu…tapi redha ja…eh salah cerita pulak…ok kita sambung dengan cerita sharif ni.. yang boleh aku tau yang dia suka kat aku masa lagi 4 hari aku nak berenti dia mesej aku malam tu minta couple..aku diam dan kelu tangan untuk taip..aku terfikir nak terima atau tidak..sebab aku dah niat yang aku tak kan bercinta selagi aku tak kawin..masa tu memang dugaan sebab aku memang suka pada dia dan dia pun suka dengan aku..jadi aku terfikir kenapa aku tak terima ja dia…aku fikir lagi…kompem ke dia bakal suami aku?cabarannya time tu..bak kata najwa latif otak kata jangan hati kata ya..tapi otak dengan hati aku ni berbahas dan yang menangnya ialah otak aku…jadi jawapannya macam ni…..
Sharif : aku nak tnya solan sikit boleh x?
Aku: apa dia?
Sharif : ni kita dok msg ni x dak sap aka yang marah?
Aku: sapa yang nak marah?
Sharif: mana la tau kowt2 ada yang marah…
Aku: mana ada x dak sapa nak marah…ni hang la kot yang ada nak marah…
Sharif: aku mana ada sapa nak marah x dak aku risau dok mesej dengan hang..tup2 ada yang marah hang…
Aku: x dak la..mana ada yang marah..
Sharif: aku nak cakap sikit boleh?
Aku: apa dia?
Sharif: aku suka kat hang..
Kelu lidah tangan…dunia berenti…jantung stop..lampu hijau kuning dan jugak merah dah x berfungsi time tu….aku dia dan memikirkan apa jawapan yang aku perlu bagi…
Aku : sharif aku pun suka kat hang…….tapi….
Sharif: tapi apanya? Aku tau aku tak belajaq tinggi..keluar jadi cikgu…aku ni apa la sangat..hidup x dak mak ayah…keja pown apa ja…x la pandai macam hang…kalau hang tolak pown aku sedaq diri..
Aku : ok..hurm…bukan maksud aku mcm tu…aku akui…aku memang suka dekat hang..tapi selagi aku x kawin selagi tu la aku x kan bercinta..aku memang suka kat hang..kalau kita memang ada jodoh tak kemana..doa lah…aku harap jawapan aku ni x buat hang hubungan aku dengan hang rengang…kita tetap kawan kan…lagipun aku tengah belajaq…dan aku x mampu bag komitment…aku harap hang paham…
Sharif : hurm…aku sedaq sapa aku…terima kasih…
BLANK….BLURRR…SERABUT…DAN BBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBB… x tau nak kata apa…aku Cuma harap esok akan jadi seperti hari2 biasa..
               Esok time p keja akutgk dia tak datang…lupa hari tu hari jumaat…dia memang skip hari jumaat…aku lepak dengan kak siti sembang dengan dia tentang hal aku dengan sharif..kak siti kata “tqah hang bdk U lainx macam kami…hang boleh jumpa org yang lebih baik..cari la yang terbaik…” walaupun kak siti ni jenis huha…tapi aku respect dia…sbb dia syg aku mcm adik dia..aku diam dan terfikir…rasa2 shrif dtg x ea keja esk aku tinggai lagi berapa hari ja nak keja kat sni…hurmmm
Banyak kenangan aku dengan dia…sharif ni kalau aku bagi tau banyak bilik lagi belum siap…dia akan usah jgk untuk siapkan bilik dia pas tu berlari p floor dia untuk tolong aku kemas bilik….kalau duty malam2 dia sanggup tuggu dan duty malam jugak..hantaq request…lepak sama2 time makan..paling seronok bila aku boleh buat dia rasa cemburu…ingat lagi time tu sj la konon2 nak bermanja dengan dia…mtk dia buatkan air tapi belagak..sekali abg is dah buatkan air…aku pown apa lagi pow la air abg is…nescafe susu kot..kikikikiki…muka dia time tu dah berubah…dan2 mintak tukar air…air dia air teh susu…hurmmm…jelus pnya pasal….tepaksa la aku minum teh susu..nasib la badan..cara dia kadang-kadang buat aku skit hati geram pown ada…tapi kadang-kadang tu sweet sangat…samapi supervisor…assistant supervisor….manager pown perasan betapa rapatnya aku dengan dia…smpai skrg aku kalau keja x pnh duty skali dengan dak laki yg tua dari aku…yang ada Cuma mat bangla..adik2 ja…yang slebihnya aci2 dengan kak siti…x pown pegang floor sorang2…
Hari ni hari terakhir aku duty kat sini…hurm…phone aku dh sunyi dari msg dia…dan selepas aku tlk hasrat dia tu..dia pown dah x dtg keja…tapi time nak blik jam 3 tu..hari tu aku blk awai…sbb zul dah tnggu aku nak p beli barang hantaran kakak aku..aku terserempak ngan dia..dia msk awai myb dia tau kot hri ni hri last aku keja…hurm…kenangannya…
Malam tu dia msg aku p mn dengan sapa..buat apa..habis suma bnda nak tnya….hadoiiiiiiiiiii….zul kat sebelah senyum ja…nak kata apa lg….dah tak terkata…tengok aku mcm org gila…sat2 ankat call…sat2 reply msg…nak bli brg hntaran pown x sng…adoiiiiiiiiiii…aku ni plk cakap juur…kluar dengan zul berdua shj…dri ptg smpai mlm..tp aku keluar dengan zul atas urusan…bkn senang2….aku bajet dia bawak fiza..tp tup2 dia x bwk…hurm…sbb fiza x mau ikt…hadoiiiiii……..perang besaq aku dengan dia..mmg time tu aku mmg serabut gila…..tension…rimas…..geram…blm ada pape hal dah kepoh nak kongkong…x bg buat tu ni apa sume…halooooooooooo……….hurm….mcm mna nak trma dia sdgkan kwn aku sndri dia x blh terima..umoq ja tua tp x matang langsung…
Kata2 zul lps makan kat kedai fiza….sbb time tu sharif call aku….radio pown di slowkan…hbs aku ltk ja…zul pesan kat aku “tqah, hang jaga diri elok2..laki la ni bkn blh pecaya..lg pown mudalagi..tgk latar belakang dia…selidik betoi….bla….bla…bla..blaaa” ini la shbt aku yang sorang yang ingtkan aku suma bnda…dia bdk yang baik…ikhlas..tulus…syg fiza tak terima dia…pasal aku ka?x mgkin kot…
Sblm tido mlm tu…shrif hntaq msg dan segal2nya off…off…off…off…off…off…off….off

Sampai sekarang…kadang2 aku rasa bersalah..mgkin cr aku kowt yang kdg2 keterlaluan…zaman jahiliah…blk kolej aku mula befikir..buat transformasi…perubahandemi perubahan..bljar utk mnjadi lbh baik….
###aku menulis ni bukan untuk tnjk dosa2 yg aku buat cm untuk pengajaran diri sendiri spy x mengulangi kesilapan aku…..moga2 aku mampu mnjdi yang terbaik…aminnnn….

AWAK SAYA MINTA MAAF DI ATAS KESALAHAN DAN KESILAPAN YG SAYA DAH BUAT PADA AWAK..


Friday, January 20, 2012

Hati dan jiwa


Hati dan jiwa

 Ini soal hati..ini soal jiwa…aku x tau knpa dan tetiba hati aku ni di pagut rsa sunyi, rasa sepi dan jugak rasa sedih…knp?knp mlm ni? Knp bkn taun dpn? Perasaan ni mnyerabutkan kpla aku dgn bnda yang x pnting bg aku..apa kes aku nak seedy?apa kes aku nak nangis…bak kata cik najidah.. perasaan kita mmg mcm tu ada stu thp kita sndiri x tau knp kita ada perasaan tu..blh ke mcm tu? Tuan bdn x tau knpa ada perasaan tu.. hurm…itu kisah utk hri ini..yg sesungguhnya aku teramat serabut disebabkan dgn fktor2 yg x tau sbb apa?sbb apa aku serabut ni?sbb apa aku rs sedih?sbb apa aku rs bnda mcm ni?knpa?persoalnnya knpa?why?hurm…bila aku mcm ni akn dtg seorg SAHABAT yg mmbntu….ALHAMDULILLAH…aku x sunyi…aku x keseorgan…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...