jari jemari menari

Monday, June 13, 2011

petikan dari ~ http://genta-rasa.com/~ sekadar berkongsi ilmu dari beliau

Assalamualaikum wbt.

Saya boleh memberi pelbagai alasan, tetapi hakikatnya biarlah saya akui kelemahan saya – gagal menguruskan waktu dengan baik terutamanya bila banyak perkara dan tugas di luar jangkaan menerjah dengan mendadak. Akibatnya, komitmen saya terhadap pengunjung blog Genta Rasa terjejas. Agak lama tidak memuatkan enteri baru dan banyak respons pembaca yang tidak dapat saya layani dengan baik. Saya memohon jutaan maaf.

Minggu-minggu kebelakangan ini saya diamanahkan dengan beban kerja yang agak banyak berbanding biasa. Sahabat saya pergi mengerjakan umrah dengan tugasannya terpaksa diagih-agihkan kepada kami sahabat seorganisasi.

Manakala majalah Solusi akan menerbitkan isu berganda menjelang bulan Ramadan dan Aidil Fitri nanti dan tambahan tugas itu perlu dimulakan sekarang. Menghantar anak-anak ke IPT dan meraikan musim cuti sekolah mereka juga satu keperluan mendesak. Ditambah anak-anak saudara yang melangsungkan pernikahan.

Saya masih belum berjaya menguruskan masa dengan baik. Terutamanya bila bertembung tugasan memberi ceramah dan forum berbanding menulis buku dan artikel. Tetapi saya lalui sahaja hidup ini seadanya. Bila bercuti saya tinggalkan sahaja laptop di rumah tanpa diganggu idea-idea untuk menulis. Tetapi masakan mampu… tangan terus juga menulis dalam buku catatan kecil di mana sahaja saya berada.

Sekali lagi saya memohon maaf. Ya, pada kali ini saya ingin kongsikan satu tulisan kecil dan ‘simple’ sebagai bahan fikir dan ‘zikir’untuk menghadapi krisis besar di kalangan masyarakat Melayu-Islam kini. Isu fitnah, sumpah dan pelbagai lagi yang begitu menjijikkan. Mereka yang mencetuskan, menyemarakkannya dan menyalakannya pasti suatu hari akan melihat kesan perbuatan mereka . Allah Maha Melihat. Yang menuduh dan dituduh pasti dibicarakan di Mahkamah Allah Rabbul Jalil.

Saya tidak ingin masuk campur. Untuk membaca berita, fakta dan kisahnya pun kekadang sangat memualkan. Cuma, apabila para ulama dan orang-orang yang tersohor kewibawananya bercakap… kita wajib mendengar. Ada ilmu, hikmah dan panduan di sebalik semua itu.

Kita masih dan terus berpegang, salah kerana tidak menghukum adalah lebih baik daripada tersalah hukum. Dan kita sentiasa kekurangan fakta di tengah rimba muslihat politik yang begitu mengelirukan. Untuk menyiasat di tengah silat kata dan sandiwara fakta ini kita tidak mampu. Fitnah akhir zaman ini sungguh dahsyat. Kita mesti mesjauh daripada perkara yang kita tidak tahu dan tidak berkaitan dengan kita secara langsung.

Saya hanya orang awam. Penulis kecil yang menginginkan kedamaian jiwa untuk ummah. Dengan keterbatasan itu, bukan alasan untuk berdiam diri. Pesan saya kepada diri dan kepada semua yang terlibat, melihat dan mendengar… selalu-selalulah bersidang di

MAHKAMAH HATI!

Bukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu menjadi sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan. Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.

Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis. Baca Lagi…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...