pertandingan esei bagi sambutan bulan kemerdekaan di SMKRS...aku ada kisah tersendiri..jom baca dulu esei ni
Pada 31 Ogos
1957 merupakan tarikh penting bagi rakyat Malaysia. Bermulanya tarikh ini,
sehinggalah pada 31 Ogos 2012 genaplah 55 tahun rakyat Malaysia merdeka.
Menurut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang
tersohor dan disegani masa kini, katanya; “Apabila kita hendak melihat wajah
negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini,
sekiranya golongan muda pada hari ini
adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita
akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur “baldatun tayyibatun wa rabbun
ghafur” tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan
dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”. Generasi muda merupakan aset yang
penting kepada negara. Generasi muda juga, merupakan tulang belakang kepada
negara. Oleh itu, generasi muda perlu diasuh dengan teladan yang baik dan
diberikan penghayatan untuk menjadi warga negara yang cemerlang, gemilang dan
terbilang menjelang wawasan 2020. Di samping itu, mereka juga perlu disedarkan
akan peranan mereka sebagai penggerak negara. Berdasarkan tajuk di atas, sumbangan
membawa maksud kepada sokongan, bantuan atau sebarang pertolongan. Generasi menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud kumpulan individu yang lahir pada waktu
yang lebih kurang sama angkatannya manakala muda pula merupakan peringkat umur
yang bermula dari usia 18 tahun sehingga 40 tahun. Negara pula menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat membawa maksud suatu masyarakat yang menduduki kawasan
tertentu dan diperintah oleh sebuah
kerajaan tertentu. “Sumbangan Generasi Muda Kepada Negara” ialah apakah
sumbangan atau bantuan yang telah generasi muda laksanakan kepada negara kita
dalam aspek ekonomis dan juga sosial.
Malaysia mempunyai
warga muda atau generasi muda seramai 12 juta, oleh yang demikian generasi ini
memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan taraf ekonomi negara sekali
gus dapat mengharumkan nama negara di persada dunia. Menurut Datuk Seri
Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Ketua Umno bahagian Beaufort berkata “generasi muda perlu mewujudkan satu
bentuk pemikiran yang sanggup meneroka dan memperluaskan kemampuan keluar
daripada paradigma yang sedia ada dengan memberanikan diri mereka memasuki
bidang-bidang yang dahulunya dianggap sebagai di luar kemampuan.” Ini bermakna
generasi muda perlu berani ambil risiko dalam menceburi sesuatu bidang yang
mampu meningkatkan taraf hidup mereka dan keluar daripada kepompong yang sama.
Antara contohnya penglibatan generasi muda dalam bidang research dan
development atau R&D dalam
bidang pertanian bagi meningkatkan lagi mutu bijih benih hasil tanaman selain
itu juga R&D dalam bidang perladangan dengan penghasilan baka-baka lembu
yang lebih bermutu dan hasil ternakan tersebut mampu kita eksport ke luar
negara. Hal ini sekali gus dapat meningkatkan bidang pertanian dan perladangan
bagi negara kita untuk sama maju dengan negara luar. Kata pepatah “Duduk Sama Rendah
Berdiri Sama Tinggi. ”
Generasi
muda dalam zaman arus kemodenan ini perlu menghadapi dunia global tanpa
sempadan dengan bersiap siaga dalam bidang akademik. Dapat dibuktikan generasi
muda kita ini yang telah berjaya menyiapkan diri dalam bidang akademik
contohnya pelajar cemerlang Malaysia iaitu Nur Amalina dengan merangkul 17 A1
dan juga Nik Nur Madihah yang merangkul 19 A1 dan satu A2 pada peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2008. Kejayaan ini sedikit sebanyak membuktikan
bahawa generasi muda pada zaman pasca pemodenan ini mampu meneruskan perjuangan
kemerdekaan dengan kemampuan intelektual yang tinggi. Selain itu sumbangan
generasi muda pada negara juga dapat dilihat apabila bidang astronomi juga
berjaya dikuasai oleh generasi muda negara kita iaitu Dato’ Dr. Syeikh Muzaffar
Shah Shukor. Sumbangan generasi muda ini sedikit sebanyak mampu mengharumkan
nama negara kita ke persada dunia. Namun begitu, masih terdapat generasi muda
hari ini masih melakukan kegiatan yang tidak bermoral malah terlibat dalam
aktiviti yang merosakkan diri. Antara aktiviti yang merosakkan diri ialah
dengan terlibat dalam amalan seks bebas, ketagihan arak, najis dadah dan juga
menonton bahan-bahan porno. Permasalahan ini perlu diatasi dengan segera dan
seharusnya generasi muda ini diberi pendedahan bahawa pentingnya mereka pada
negara dan generasi muda ini perlu mengambil contoh kejayaan generasi muda yang
telah berjaya dalam kehidupan supaya generasi muda yang terkandas ini mampu
mengubah kehidupan mereka.
Sumbangan generasi
muda kepada negara ini juga dapat dilihat dalam bidang sukan. Sukan merupakan
kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang mencukupi
untuk melakukan aktiviti tertentu. Tambahan pula, generasi muda pada masa kini,
telah banyak mencatatkan kejayaan yang membanggakan dan sekali gus dapat mengharumkan nama Malaysia yang telah di
kecapi oleh generasi muda adalah berjaya melayakkan diri ke sukan Olimpik
malahan turut berjaya membawa pulang beberapa pingat untuk Malaysia. Atlet-atlet
yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia ke sukan Olimpik ialah Dato’ Lee
Chong Wei iaitu pemain badminton no.1 negara, Azizul Hasni Awang iaitu jaguh
pecut basikal negara, Pandelela iaitu penerjun negara dan ramai lagi atlet-atlet
yang telah berjaya. Dengan kejayaan ini telah membuka mata dunia untuk
mengenal sejauh mana kemampuan rakyat Malaysia.
Integriti
pula merupakan antara elemen utama yang sering menjadi tumpuan oleh kesemua
lapisan anggota masyarakat termasuk kepimpinan kerajaan iaitu Datuk Seri Najib
Tun Abdul Razak. Menurut beliau untuk memulihkan keyakinan ke atas kerajaan
sikap telus, bercakap benar dan keterbukaan menjadi agenda beliau. Integriti
generasi muda perlu di perhebatkan secara pembudayaan berterusan. Integriti
ialah berpaksikan kepada nilai murni seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab,
telus, cekap dan bijaksana. Ia bermula dalam diri setiap individu yang subur
dalam hati , minda dan emosi yang memberi roh dan jasad kepada karakter.
Sumbangan dalam menyulamkan kegemilangan ketamadunan negara bangsa dari segi
generasi muda tidak boleh dinafikan. Mereka sebenarnya boleh menentukan jatuh
bangun sesebuah bangsa. Integriti merupakan aset utama yang perlu generasi muda
amalkan sekiranya ingin memberi sumbangan yang berkualiti kepada negara.
Kesimpulannya,
sumbangan generasi muda kepada negara dapat dilihat dalam bidang ekonomi serta
sosial. Namun begitu, masih terdapat generasi muda yang keciciran dalam memberi
sumbangan maka pihak kerajaan dan juga masyarakat sekitar perlu mainkan peranan
penting dalam mendidik generasi muda kini. Hal ini kerana generasi muda
merupakan tulang belakang bagi sesebuah negara. Selain itu masih terdapat
generasi muda yang telah memberi sumbangan kepada negara maka selayaknya
generasi muda ini perlu di iktiraf, diberi penghormatan serta penghargaan yang sewajarnya agar dapat
memobilisasikan rasa tanggungjawab holistik untuk memperkasakan generasi muda
demi mempertahankan kerukunan dan kesejahteraan yang perlu diwarisi dari
generasi ke generasi. Segala kejayaan yang telah Malaysia kecapi adalah bukti
terhadap sumbangan generasi muda sebagai pewaris masa depan kemerdekaan negara.
Oleh itu, kerajaan perlu sedar bahawa masa depan negara ada pada generasi muda.
Nama
: Mohammad Aidi bin mohammad ramlan
Nama
: Mohammad Hakimi bin Abdul Hamid
inilah esei yang pelajar 4 best siapkan..aku paksa bdak2 ni saipkan esei ni..bukan apa..sebabnya deme ni dok main chess aje...so sj la srh bdk2 ni buat esei ni..bkn apa..blh bntu deme dan sedokan diri deme yang mls bebeno nak membacanya...siap la jgk esei..nak anto esei n pd ckgu yang sebetulnya..tup-tup..."dah malas nak baca...dikira tidak termasuk dalam penyertaan lewat sangat"...terkejut den...tapi btul jgk sbb dah lewat sangat antonya pun...apa2pun yang penting deme dapat ILMU...itu yang penting..bukan benda lain...sekurang-kurangnya dapat perbaiki bahasa deme..apa2 TAHNIAH!!!!!!