jari jemari menari

Monday, December 26, 2011

P.U.T.I.H



Aku pun x tau knpa tetiba aku suka sgt ngan warna putih…mngkin azam untuk tahun baru ni kowt buatkan aku suka sangat warna putih. Sedangkan dulu warna putih adalah warna yang paling aku takut mau dak…akukan jenis kasaq..nak pulak pkai warna putih…uuuuuuuuuuuu…kompem mak den bebel..so wrna kegemaran I dolu2 adalah warna hitam…so sekarang ni bila tengok balik baju I dalam lemari…gelap ja..sebab sume warna hitam…wink…tapi entah tetiba je tahun ni suka pulak warna putih warna cerah dan lembut….wahhh..dah ada perubahan ..disebabkan I suke sangt ngan warna PUTIH so..i survey dlm tenet tentang APA TU WARNA PUTIH?ngeeeee….
PUTIH
            Cahaya putih boleh dipisahkan kepada 3 warna asas atau warna primer: merah-jingga, hijau, dan biru-ungu. Apabila warna ini dipancarkan bersama-sama (cth: jika seorang jurutera pencahayaan didalam sebuah teater sedang menumpukan ketiga-tiga ‘spotlight’ berwarna tersebut), warna putih akan terbentuk. Ia dipanggil warna campuran penambahan; yang mana bersabit secara langsung oleh ahli penyembuhan terapi warna dengan cahaya berwarna. Putih ialah sejenis warna yang mempunyai kecerahan yang tinggi tetapi tidak mempunyai rona. Lebih khusus, cahaya putih mengandungi semua warna dalam spektrum nampak.
Putih juga di maksudkan dengan warna sejagat dan warna keamanan. Putih juga melambangkan kesucian, amanah, utk membersihkan dan juga mengubati orang lain contohnya seperti doctor, jururawat, saintis dan yang uniformnya berwarna putih. Putih juga dikatakan sebagai Menunjukkan kedamaian, Permohonan maaf, pencapaian diri, spiritualitas, kedewaan, keperawanan atau kesucian, kesederhanaan, kesempurnaan, kebersihan, cahaya, takbersalah, keamanan, persatuan. Warna putih sangat bagus untuk menampilkan atau menekankan warna lain serta memberi kesan kesederhanaan dan kebersihan. Selain itu warna puith juga dikenali sebagai Perlindungan, kebersihan, penglihatan yang jelas, penyembuhan, penghasilan tenaga, keikhlasan, ketenangan, kesucian, keserhanaan, dan memangkinkan semua warna (sesuai dengan semua warna).

Putih dan rose

            Putih- (kemurnian, tidak berdosa, simpati, kerohanian) Sejak awal tradisi lagi ros putih digunakan sebagai luahan cinta sejati, tetapi tidak untuk masa sekarang kerana cinta sejati lebih sinonim dengan warna merah. Perbezaan terhadap makna luahan cinta sejati untuk warna putih ialah, ia lebih menunjukkan kesucian, kehormatan, kebersihan hubungan itu berbanding warna merah yang melambangkan keghairahan perasaan pasangan.
Putih dan psikologi
Warna putih dianggap sebagai warna yang paling suci.Ia membawa kepada maksud perlindungan, keamanan dan selesa, mengurangkan tekanan emosi dan putus asa, dan membantu dalam membersihkan emosi yang bersifat dalaman, pemikiran dan juga semangat. Jika anda memerlukan ruang dan masa untuk mengenangkan kembali kehidupan anda, warna putih dapat memberikan rasa kebebasan dan kemesraan. Walaubagaimanapun, terlalu banyak putih boleh membawa kepada sejuk dan terasing, kerana putih membezakan kita antara satu sama lain.
Putih dan ritual

            Warna putih ialah warna untuk bulan. Pada zaman kegemilangan Rom, China dan India, ianya merupakan warna kematian. Tradisi bagi pengantin perempuan memakai pakaian putih pada hari perkahwinan mereka dikatakan berasal daripada Yunani purba. Rumah berhala yang diberikan khas kepada Dewi Athena, telah dicipta daripada batu marmar berwarna putih dan ini menunjukkan warna putih juga adalah sebagai tanda kesucian.
Putih dan bawang putih


            Bawang putih ni merupakan salah satu item yang penting dalam masakan. Fungsinya ialah untuk menyedapkan lagi atau melengkapkan masakan tersebut menjadi leb ih enak. Selain itu bawang putih ini juga merupakan salah satu watak dalam cerita “bawang putih bawang merah”. Dalam cerita ni mana satu watak baik dan mana satu watak jahat?musykil2… tip arwah nenek saya kasi ialah bawang putih tu bila kita kupas kulitnya dalam kuanti yang banyak ianya akan membuatkan jari kita sakit dan ini membuktikan yang bawang putih sering disakiti dan bawang merah pulak bila kita kupas kulitanya kompem2 menangis maknanya bawang merah ini slalu membuat orang menangis dan ini bermakna bawang merah ini jahat…so maknanya bawang putih ni wataknya asyik menangis dan dah tentu la watak yang slalu menangis ni watak orang baik-baik..
Putih dan telekung

            Telekung merupakan salah satu pakaian wanita untuk bersolat menunaikan kewajipan kepada ALLAH. Telekung sering digunakan warna putih dan jarang dilihat warna yang berlainan kalau ada pun jarang dipakai. Warna telekung yang berwarna puytih ini bertujuan untuk menunjukan kemurnian hati sipemakai ketika menyembah penciptaannya dan tanda rendah dirinya dalam menjalani kehidupan seharian.
Putih dan kain kafan

            Kain kafan merupakan fabric yang paling mahal yang setiap orang perlu memilikinya. Kain kafan ini merupakan kain yang bermutu tinggi hal ini kerana kain kafan ini akan digunakan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda. Kain kafan juga merupakan fabric yang sentiasa mendapat permintaan terutama di musim perayaan. Kain kafan hanya sesuai di fesyenkan seperti diatas dan tidak sesuai untuk di fesyenkan dengan kebaya lepas, kebaya nyonya atau sebaliknya. Fesyennya terbahagi kepada dua iaitu fesyen untuk lelaki dan juga fesyen untuk wanita. Kain kafan ini dikatakan paling berharga hal ini kerana kaian kafan inilah yang akan diguna pakai untuk mengadap ALLAH yang telah  mencipta langit dan bumi. Dan kain kafan hanyalah berwarna PUTIH….

##INI LAH PUTIH YANG SAYA TEMUI UNTUK HARI INI...BANYAK LAGI PTUIH YANG TAK SEMPPAT CARI...MNGKIN BANYAK LAGI..##
~~~~ tetiba teringat kata2 majikan saya...org yang suka warna putih ni mngkin nak kawen atau mngkin x lama lagi la tu knduri...gluppp..tetelan air liur den...ngeeee..begurau la ka sabariah ni....hehehhehehe..smpat kak sa nak kenakan sayakan... kak saya ni calon pown x de... "x pe t akak carikan...",,, kak sa sudah2 la bergurau tu...jangan nakal sangat...nanti ustaz marah.....hehhehehehe...~~~~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...