jari jemari menari

Friday, November 26, 2010

SMS BUAT C DIA

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.. Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta-Nya Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih

Dari dia menyintai Yang Maha Esa Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa Tolong nasihati si dia jangan mendoakanku lebih daripada dia mendoakan ibu bapanya

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya Kerana di telapak itu syurganya

Tolong ingatkan si dia,aku terpikat kerana imannya Bukan rupa Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya Bukan harta Tolong ingatkan si dia, aku kasihkannya kerana santunnya

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia Tolong tegur si dia bila dia tenggelam dalam angan-angannya Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa Tolong sedarkan si dia, aku milik keluarga Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya

Tolong sabarkan si dia, usah ucap kata cinta di kala cita-cita belum terlaksana tolong sabarkan si dia andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta tolong sabarkan si dia bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya

Tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi Fitnah besar kepadanya Tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi punca Kegagalanya Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya Tolong khabarkan pada si dia jadilah penyokong dalam kejayaanku
Tolong sampaikan pada si dia aku mendambakan cinta suci yang terjaga Tolong sampaikan pada si dia cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya Tolong sampaikan pada si dia hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri

Hanya engkau Ya ALLAH mengetahui siapa si dia Moga perasaanku sampai kepadanya walau aku sendri Tidak mengetahui siapa dan di mana dia Moga dia ibarat sekor lebah yang sentiasa memuji Keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...