Aku
pun x tau knpa tetiba aku suka sgt ngan warna putih…mngkin azam untuk tahun
baru ni kowt buatkan aku suka sangat warna putih. Sedangkan dulu warna putih
adalah warna yang paling aku takut mau dak…akukan jenis kasaq..nak pulak pkai
warna putih…uuuuuuuuuuuu…kompem mak den bebel..so wrna kegemaran I dolu2 adalah
warna hitam…so sekarang ni bila tengok balik baju I dalam lemari…gelap
ja..sebab sume warna hitam…wink…tapi entah tetiba je tahun ni suka pulak warna
putih warna cerah dan lembut….wahhh..dah ada perubahan ..disebabkan I suke sangt
ngan warna PUTIH so..i survey dlm tenet tentang APA TU WARNA PUTIH?ngeeeee….
PUTIH
Cahaya
putih boleh dipisahkan kepada 3 warna asas atau warna primer: merah-jingga,
hijau, dan biru-ungu. Apabila warna ini dipancarkan bersama-sama (cth: jika
seorang jurutera pencahayaan didalam sebuah teater sedang menumpukan
ketiga-tiga ‘spotlight’ berwarna tersebut), warna putih akan terbentuk. Ia
dipanggil warna campuran penambahan; yang mana bersabit secara langsung oleh
ahli penyembuhan terapi warna dengan cahaya berwarna. Putih ialah sejenis warna yang mempunyai kecerahan yang tinggi tetapi tidak
mempunyai rona. Lebih khusus,
cahaya putih mengandungi semua warna dalam spektrum nampak.
Putih juga di maksudkan
dengan warna sejagat dan warna keamanan. Putih juga melambangkan kesucian, amanah,
utk membersihkan dan juga mengubati orang lain contohnya seperti doctor,
jururawat, saintis dan yang uniformnya berwarna putih. Putih juga dikatakan sebagai
Menunjukkan kedamaian, Permohonan maaf, pencapaian diri, spiritualitas,
kedewaan, keperawanan atau kesucian, kesederhanaan, kesempurnaan, kebersihan,
cahaya, takbersalah, keamanan, persatuan. Warna putih sangat bagus untuk
menampilkan atau menekankan warna lain serta memberi kesan kesederhanaan dan
kebersihan. Selain itu warna puith juga dikenali sebagai Perlindungan, kebersihan, penglihatan yang jelas, penyembuhan,
penghasilan tenaga, keikhlasan, ketenangan, kesucian, keserhanaan, dan
memangkinkan semua warna (sesuai dengan semua warna).
Putih dan rose
Putih- (kemurnian, tidak
berdosa, simpati, kerohanian) Sejak awal tradisi lagi ros putih digunakan
sebagai luahan cinta sejati, tetapi tidak untuk masa sekarang kerana cinta
sejati lebih sinonim dengan warna merah. Perbezaan terhadap makna luahan cinta
sejati untuk warna putih ialah, ia lebih menunjukkan kesucian, kehormatan,
kebersihan hubungan itu berbanding warna merah yang melambangkan keghairahan
perasaan pasangan.
Putih dan psikologi
Warna putih dianggap sebagai warna yang paling suci.Ia membawa
kepada maksud perlindungan, keamanan dan selesa, mengurangkan tekanan emosi dan
putus asa, dan membantu dalam membersihkan emosi yang bersifat dalaman, pemikiran
dan juga semangat. Jika anda memerlukan ruang dan masa untuk mengenangkan
kembali kehidupan anda, warna putih dapat memberikan rasa kebebasan dan
kemesraan. Walaubagaimanapun, terlalu banyak putih boleh membawa kepada sejuk
dan terasing, kerana putih membezakan kita antara satu sama lain.
Putih dan ritual
Warna putih ialah warna untuk bulan. Pada zaman kegemilangan Rom,
China dan India, ianya merupakan warna kematian. Tradisi bagi pengantin
perempuan memakai pakaian putih pada hari perkahwinan mereka dikatakan berasal
daripada Yunani purba. Rumah berhala yang diberikan khas kepada Dewi Athena,
telah dicipta daripada batu marmar berwarna putih dan ini menunjukkan warna
putih juga adalah sebagai tanda kesucian.
Putih
dan bawang putih
Bawang putih ni merupakan salah satu
item yang penting dalam masakan. Fungsinya ialah untuk menyedapkan lagi atau
melengkapkan masakan tersebut menjadi leb ih enak. Selain itu bawang putih ini
juga merupakan salah satu watak dalam cerita “bawang putih bawang merah”. Dalam
cerita ni mana satu watak baik dan mana satu watak jahat?musykil2… tip arwah
nenek saya kasi ialah bawang putih tu bila kita kupas kulitnya dalam kuanti
yang banyak ianya akan membuatkan jari kita sakit dan ini membuktikan yang
bawang putih sering disakiti dan bawang merah pulak bila kita kupas kulitanya
kompem2 menangis maknanya bawang merah ini slalu membuat orang menangis dan ini
bermakna bawang merah ini jahat…so maknanya bawang putih ni wataknya asyik
menangis dan dah tentu la watak yang slalu menangis ni watak orang baik-baik..
Putih
dan telekung
Telekung merupakan salah satu
pakaian wanita untuk bersolat menunaikan kewajipan kepada ALLAH. Telekung sering
digunakan warna putih dan jarang dilihat warna yang berlainan kalau ada pun
jarang dipakai. Warna telekung yang berwarna puytih ini bertujuan untuk
menunjukan kemurnian hati sipemakai ketika menyembah penciptaannya dan tanda
rendah dirinya dalam menjalani kehidupan seharian.
Putih
dan kain kafan
Kain kafan merupakan fabric yang paling
mahal yang setiap orang perlu memilikinya. Kain kafan ini merupakan kain yang
bermutu tinggi hal ini kerana kain kafan ini akan digunakan oleh semua lapisan
masyarakat tidak kira tua atau muda. Kain kafan juga merupakan fabric yang
sentiasa mendapat permintaan terutama di musim perayaan. Kain kafan hanya
sesuai di fesyenkan seperti diatas dan tidak sesuai untuk di fesyenkan dengan
kebaya lepas, kebaya nyonya atau sebaliknya. Fesyennya terbahagi kepada dua
iaitu fesyen untuk lelaki dan juga fesyen untuk wanita. Kain kafan ini
dikatakan paling berharga hal ini kerana kaian kafan inilah yang akan diguna
pakai untuk mengadap ALLAH yang telah
mencipta langit dan bumi. Dan kain kafan hanyalah berwarna PUTIH….
##INI LAH PUTIH YANG SAYA TEMUI UNTUK HARI INI...BANYAK LAGI PTUIH YANG TAK SEMPPAT CARI...MNGKIN BANYAK LAGI..##
~~~~ tetiba teringat kata2 majikan saya...org yang suka warna putih ni mngkin nak kawen atau mngkin x lama lagi la tu knduri...gluppp..tetelan air liur den...ngeeee..begurau la ka sabariah ni....hehehhehehe..smpat kak sa nak kenakan sayakan... kak saya ni calon pown x de... "x pe t akak carikan...",,, kak sa sudah2 la bergurau tu...jangan nakal sangat...nanti ustaz marah.....hehhehehehe...~~~~