jari jemari menari

Thursday, September 6, 2012

sumbangan generasi muda kepada negara

pertandingan esei bagi sambutan bulan kemerdekaan di SMKRS...aku ada kisah tersendiri..jom baca dulu esei ni



SUMBANGAN GENERASI MUDA KEPADA NEGARA
           
Pada 31 Ogos 1957 merupakan tarikh penting bagi rakyat Malaysia. Bermulanya  tarikh ini, sehinggalah pada 31 Ogos 2012 genaplah 55 tahun rakyat Malaysia merdeka. Menurut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, katanya; “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya  golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur “baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”. Generasi muda merupakan aset yang penting kepada negara. Generasi muda juga, merupakan tulang belakang kepada negara. Oleh itu, generasi muda perlu diasuh dengan teladan yang baik dan diberikan penghayatan untuk menjadi warga negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang wawasan 2020. Di samping itu, mereka juga perlu disedarkan akan peranan mereka sebagai penggerak negara. Berdasarkan tajuk di atas, sumbangan membawa maksud kepada sokongan, bantuan atau sebarang pertolongan. Generasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud kumpulan individu yang lahir pada waktu yang lebih kurang sama angkatannya manakala muda pula merupakan peringkat umur yang bermula dari usia 18 tahun sehingga 40 tahun. Negara pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu  dan diperintah oleh sebuah kerajaan tertentu. “Sumbangan Generasi Muda Kepada Negara” ialah apakah sumbangan atau bantuan yang telah generasi muda laksanakan kepada negara kita dalam aspek ekonomis dan juga sosial.
Malaysia mempunyai warga muda atau generasi muda seramai 12 juta, oleh yang demikian generasi ini memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan taraf ekonomi negara sekali gus dapat mengharumkan nama negara di persada dunia. Menurut Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Ketua Umno bahagian Beaufort  berkata “generasi muda perlu mewujudkan satu bentuk pemikiran yang sanggup meneroka dan memperluaskan kemampuan keluar daripada paradigma yang sedia ada dengan memberanikan diri mereka memasuki bidang-bidang yang dahulunya dianggap sebagai di luar kemampuan.” Ini bermakna generasi muda perlu berani ambil risiko dalam menceburi sesuatu bidang yang mampu meningkatkan taraf hidup mereka dan keluar daripada kepompong yang sama. Antara contohnya penglibatan generasi muda dalam bidang research dan development  atau R&D dalam bidang pertanian bagi meningkatkan lagi mutu bijih benih hasil tanaman selain itu juga R&D dalam bidang perladangan dengan penghasilan baka-baka lembu yang lebih bermutu dan hasil ternakan tersebut mampu kita eksport ke luar negara. Hal ini sekali gus dapat meningkatkan bidang pertanian dan perladangan bagi negara kita untuk sama maju dengan negara luar. Kata pepatah “Duduk Sama Rendah Berdiri Sama Tinggi. ”
Generasi muda dalam zaman arus kemodenan ini perlu menghadapi dunia global tanpa sempadan dengan bersiap siaga dalam bidang akademik. Dapat dibuktikan generasi muda kita ini yang telah berjaya menyiapkan diri dalam bidang akademik contohnya pelajar cemerlang Malaysia iaitu Nur Amalina dengan merangkul 17 A1 dan juga Nik Nur Madihah yang merangkul 19 A1 dan satu A2 pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2008. Kejayaan ini sedikit sebanyak membuktikan bahawa generasi muda pada zaman pasca pemodenan ini mampu meneruskan perjuangan kemerdekaan dengan kemampuan intelektual yang tinggi. Selain itu sumbangan generasi muda pada negara juga dapat dilihat apabila bidang astronomi juga berjaya dikuasai oleh generasi muda negara kita iaitu Dato’ Dr. Syeikh Muzaffar Shah Shukor. Sumbangan generasi muda ini sedikit sebanyak mampu mengharumkan nama negara kita ke persada dunia. Namun begitu, masih terdapat generasi muda hari ini masih melakukan kegiatan yang tidak bermoral malah terlibat dalam aktiviti yang merosakkan diri. Antara aktiviti yang merosakkan diri ialah dengan terlibat dalam amalan seks bebas, ketagihan arak, najis dadah dan juga menonton bahan-bahan porno. Permasalahan ini perlu diatasi dengan segera dan seharusnya generasi muda ini diberi pendedahan bahawa pentingnya mereka pada negara dan generasi muda ini perlu mengambil contoh kejayaan generasi muda yang telah berjaya dalam kehidupan supaya generasi muda yang terkandas ini mampu mengubah kehidupan mereka.
Sumbangan generasi muda kepada negara ini juga dapat dilihat dalam bidang sukan. Sukan merupakan kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti tertentu. Tambahan pula, generasi muda pada masa kini, telah banyak mencatatkan kejayaan yang membanggakan dan sekali gus dapat  mengharumkan nama Malaysia yang telah di kecapi oleh generasi muda adalah berjaya melayakkan diri ke sukan Olimpik malahan turut berjaya membawa pulang beberapa pingat untuk Malaysia. Atlet-atlet yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia ke sukan Olimpik ialah Dato’ Lee Chong Wei iaitu pemain badminton no.1 negara, Azizul Hasni Awang iaitu jaguh pecut basikal negara, Pandelela iaitu penerjun negara dan ramai lagi  atlet-atlet  yang telah berjaya. Dengan kejayaan ini telah membuka mata dunia untuk mengenal sejauh mana kemampuan rakyat Malaysia.
Integriti pula merupakan antara elemen utama yang sering menjadi tumpuan oleh kesemua lapisan anggota masyarakat termasuk kepimpinan kerajaan iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Menurut beliau untuk memulihkan keyakinan ke atas kerajaan sikap telus, bercakap benar dan keterbukaan menjadi agenda beliau. Integriti generasi muda perlu di perhebatkan secara pembudayaan berterusan. Integriti ialah berpaksikan kepada nilai murni seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab, telus, cekap dan bijaksana. Ia bermula dalam diri setiap individu yang subur dalam hati , minda dan emosi yang memberi roh dan jasad kepada karakter. Sumbangan dalam menyulamkan kegemilangan ketamadunan negara bangsa dari segi generasi muda tidak boleh dinafikan. Mereka sebenarnya boleh menentukan jatuh bangun sesebuah bangsa. Integriti merupakan aset utama yang perlu generasi muda amalkan sekiranya ingin memberi sumbangan yang berkualiti kepada negara.
Kesimpulannya, sumbangan generasi muda kepada negara dapat dilihat dalam bidang ekonomi serta sosial. Namun begitu, masih terdapat generasi muda yang keciciran dalam memberi sumbangan maka pihak kerajaan dan juga masyarakat sekitar perlu mainkan peranan penting dalam mendidik generasi muda kini. Hal ini kerana generasi muda merupakan tulang belakang bagi sesebuah negara. Selain itu masih terdapat generasi muda yang telah memberi sumbangan kepada negara maka selayaknya generasi muda ini perlu di iktiraf, diberi penghormatan  serta penghargaan yang sewajarnya agar dapat memobilisasikan rasa tanggungjawab holistik untuk memperkasakan generasi muda demi mempertahankan kerukunan dan kesejahteraan yang perlu diwarisi dari generasi ke generasi. Segala kejayaan yang telah Malaysia kecapi adalah bukti terhadap sumbangan generasi muda sebagai pewaris masa depan kemerdekaan negara. Oleh itu, kerajaan perlu sedar bahawa masa depan negara ada pada generasi muda.

Nama  : Mohammad Aidi bin mohammad ramlan

Nama  : Mohammad Hakimi bin Abdul Hamid


inilah esei yang pelajar 4 best siapkan..aku paksa bdak2 ni saipkan esei ni..bukan apa..sebabnya deme ni dok main chess aje...so sj la srh bdk2 ni buat esei ni..bkn apa..blh bntu deme dan sedokan diri deme yang mls bebeno nak membacanya...siap la jgk esei..nak anto esei n pd ckgu yang sebetulnya..tup-tup..."dah malas nak baca...dikira tidak termasuk dalam penyertaan lewat sangat"...terkejut den...tapi btul jgk sbb dah lewat sangat antonya pun...apa2pun yang penting deme dapat ILMU...itu yang penting..bukan benda lain...sekurang-kurangnya dapat perbaiki bahasa deme..apa2 TAHNIAH!!!!!!

4 comments:

  1. assalamualaikum..nk tnye pendapat cik..apakah sumbangan sukan futsal dalam membentuk perpaduan??harap dapat balas :),..terima kasih

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..nk tnye pendapat cik..apakah sumbangan sukan futsal dalam membentuk perpaduan??harap dapat balas :),..terima kasih

    ReplyDelete
  3. nk tnya , apakah sumbangan generasi kini dlm pembangunan negara ..harap balas ..???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...